Home About Us Products Price Order

Red Velvet

     Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT yang  telah memberi rezeki dan kesihatan diri.  Tahun 2013 berakhir hari ini dan bemula tahun baru 2014 esok.  Hari lahirku juga he he he.  Nak cerita azam tahun baru, rasa2 nya tak payah lah, cuma satu je lah, tahun ni mahu terus muhasabah diri, nak jadi diri sendiri, berusaha dan berdoa serta bersyukur dengan nikmat yang Allah SWT beri.

     Hari ni, dah siapkan red velvet dalam bekas empat segi. Minggu lepas lagi dah buat tapi lupa pulak nak ambik gambar.  Alhamdulillah dalam masa 2 hari habis dijual.  Hari ni plan nak hantar batch kedua.  Sedap rasanya bagi mereka yang suka makan cream cheese. Kalau yang tak suka tu, ditolak ketepi cream cheese nya dan makan keknya sahaja.  Itulah yang anak Jee buat.  Hai, bertuah betul.  Lain kali kena buat 2 jenis, 1 yang ada cream cheese dan 1 lagi hanya kek nya sahaja (tanpa cream cheese). tak de lah rugi.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...